Monday, April 1, 2013

yes,Penang sangat panasss

Cuaca panas?? Yer,mmg sedang mengalaminya....

# Sedikit info yang kami ingin kongsikan..maklumlah..sekarang ni cuaca memang panas...

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

>>Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
>>Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
>>Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
>>Penghidap penyakit sistem pernafasan.
>>Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

>>Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
>>Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
>>Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
>>Hadkan aktiviti luar
>>Kerap berehat
>>Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
>>Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
>>Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

>>Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
>>Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
>>Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

>>Keluar dari kawasan yang panas
>>Tanggalkan pakaian yang ketat
>>Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
>>Gunakan kipas untuk sejukkan badan
>>Minum air setiap 15 minit
>>Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Wednesday, September 26, 2012

Friday, September 14, 2012

perginya seorang teman

subhanaallah...itu je ayat yg mampu aku ucap lepas dapat tahu berita sedih ni...
susah nak percaya,,rasa mcm mimpi,,sume tu ade...namun,,,itu laa hakikat....yg aku kene trima..yg kita semua kene trima...
hadirnya seorang teman...yang banyak bantu aku suatu masa dahulu...menjadi pendorong semangat aku utk kuat...tp hari ini...die pergi menghadap ilahi...pergi tak kembali....itu laa yg dipanggil ajal...
sedih pilu sume tu dah x bermakna lagi...sebab aku tahu,,peginya tak kembali....innalillah....

potongan akhbar


MACHANG: Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh pokok dalam satu kemalangan di KM27.1 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, Muhammad Syarafi Kamarul Shukri, 20, berasal dari Gong Badak, Terengganu, maut di tempat kejadian selepas parah di beberapa bahagian badan, manakala Nor Fazreen Che Yusof, 20, dari Pasir Mas, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Machang akibat parah di kepala. 
Dua lagi rakannya, Muhammad Hazwan Wook Baharudin, 20, dari Kuang Tengah, Chemor, Perak dan Noor Zilla Ismail, 20, dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur hanya mengalami cedera ringan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Machang dan telah dibenar pulang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata keempat-empat mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Machang selepas menyelesaikan beberapa urusan di Kota Bharu.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Muhammad Hazwan dipercayai terbabas lalu merempuh sebatang pokok yang terletak di bahu jalan berkenaan. Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut hanya mengalami cedera ringan," katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, kesemua mangsa sepatutnya bertolak ke Bangkok, Thailand awal pagi ini untuk menyertai satu rombongan yang dianjurkan pihak universiti.

Dua jenazah itu telah dituntut keluarga masing-masing pada 3 pagi tadi selepas selesai menjalani bedah siasat dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung halaman masing-masing. - Bernama


mcm tak percaya bila baca akhbar tu,,,terdetik di fikiran,,, 'dia kawan aku'...ya Allah...terbayang2 wajah manis arwah di fikiran....terkenang saat2 manis bersama...
suatu ketika dahulu...
sewaktu perkhemahan unit beruniform,,,kami berada dlm 1 team....bersusah payah menyediakan peralatan utk perkhemahan,,,berusaha mendirikan khemah...dan bermacam2 lagi kenagan2 manis yg kami alami bersama...
kami work as a team lg time pertandingn memasak unit beruniform...die yg bersemangat utk team kami,,,dan kami menang....seronok betul arwah...
dalam kelas muzik,,,time pertunjukan bakat utk hari guru,,,arwah dengan girangnya membuat persembahan beramai2....
ya Allah,,,sume tu kenangan...

tapi,,,bila baca je article ni...nak menitik air mata aku membayangkan....


“Saya lihat seorang wanita tercampak keluar dari kereta seperti anak patung. Terkejut melihat keadaan itu, saya terus berlari menyelamatkan mangsa, namun terpaksa berundur selepas tidak sanggup melihat keadaannya yang ketika itu ‘nyawa-nyawa ikan’ sebelum seorang rakan mengeluarkannya dari bawah kereta menggunakan pam hidraulik,” kata saksi kejadian nahas yang meragut dua nyawa penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang dalam kejadian di Kilometer 27.1, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Merbau Chondong, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Nor Fazreen Che Yusoh, 20, dari Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Machang, manakala Muhammad Syarafi Kamarul Shukri, 20, dari Gong Badak, Terengganu mati di tempat kejadian akibat parah di badan.
pelajar UiTM machang kemalangan ngeri
Gambar Hiasan
Dua rakan mereka, Muhammad Hazwan Wook Baharuddin, 20, dari Chemor, Perak dan Noor Zilla Ismail, 20, dari Kuala Lumpur yang juga rakan sekampus cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Machang.
Keempat-empat penuntut tahun akhir Diploma Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Machang itu dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke kampus mereka di Bukit Ilmu sebelum kereta Honda Accord milik Nor Fazreen yang dipandu Muhammad Hazwan terbabas lalu melanggar dua pokok.
Saksi yang enggan dikenali itu mendakwa, kemalangan berlaku di depan matanya ketika hendak melintas jalan bersama seorang rakan.
“Sehingga kini saya masih terbayang keadaan mangsa wanita yang tercampak keluar dari bahagian belakang kenderaan dan ‘terperangkap’ di bawah kereta. “Seorang lagi mangsa lelaki sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh penduduk kampung sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian,” katanya.
Muhammad Hazwan ketika ditemui pula berkata, walaupun dirinya dan Noor Zilla terselamat dalam kejadian itu, dia terkilan kerana dua rakan karibnya maut ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menukar wang di sebuah premis pengurup wang di Kota Bharu.
Katanya, mereka bersama 16 penuntut lain dalam jurusan sama sepatutnya bertolak ke Bangkok, Thailand, pada hari ini (semalam) sempena program lawatan sambil belajar di negara berkenaan selama empat hari.
“Ketika singgah minum di sebuah gerai sebaik selesai menukar wang, Nor Fazreen dan Muhammad Syarafi kelihatan sugul hingga menimbulkan kehairanan di hati saya, tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa.
“Saya sedih kerana kehilangan dua rakan baik dalam sekelip mata,” katanya.



YA ALLAH.........
sekelip mata aku hilang sorang kawan....
sebelum raya baru2 ni,,,aku ade contct arwah,,,bertanya khabar...terdetik niat nak jumpe...sebab dh lama sgt x jumpe...tapi Allah lebih sayangkan die...
setakat tu saje utk kali ni...x boleh tahan sebak dah...
semoga arwah NOR FAZREEN CHE YUSOF dicucuri rahmat & tergolong bersama orang2 beriman...amin...AL-FATIHAH...
*p/s: setiap yg hidup pasti MATI...arini turn arwah...esok2 mungkin turn kita pulak????

Thursday, July 19, 2012

ramadhan datang lagi....

hai assalamualaikum...
alhamdulillah sedar tak sedar kita sempat lagi merasai ramadhan tahun ni....
selamat menjalani ibadah puasa buat semua...
selamat sahur,selamat puasa,selamat berbuka & selamat hari raya...ekekeke
semoga ramadhan kali ini memberi seribu satu dua tiga makna...
ku mengharap kan ramadhan kali ini penuh makna...nasyid2 sikit...
hahaha btw,,,selamat pose sume...jangan tinggal2....

 

di samping tu,,,meh nak kasi share siket tips utk kekal cergas di bulan pusa...
renung renungkan dannn selamat beramal....

Tips untuk kekal cergas di bulan puasa


Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.
  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak. 
     
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam. 
     
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak. 
     
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan. 
Semoga tips ringkas tersebut dapat membantu anda di bulan puasa yang penuh keberkatan ini!
Sumber : http://www.infosihat.gov.my

Thursday, June 28, 2012

ahhhhhh bestnye cuti

hai hai hai...baru je selesai exam..alhamdulillah,,,sumenye berjalan lancar walaupon ade laa jugak siket2 yg erkkkkk...hopefully sumenye nanti akan baik2 belaka...hendaknya...insyaAllah...amin amin amin...
tamat lah perjuangan aku utk tahun 1 disini...
so,,,selamat bercuti utk sape2 yg turut sama berjadual mcm aku....now time utk habiskan waktu d rumah...harap impian dan terget tercapai...disamping nk turunkn berat badan,,,erkkk :P

Thursday, June 21, 2012

innalillah buat arwah...


hari2 ade saja berita kematian....
walaupon aku tidak mengenali arwah, Zarina Binti Tardan, Pelajar Master di Kampus Kejuruteraan USM (dalam pukul 5 pm tadi) yang kemlangan di bulatan QB Mall tempohari.
tersentap aku bila baca status salah sorang juga warga usm....
baru smlm aku dapat berita mengenai kemalangan beliau....aku terus menjengah ke blog arwah...sekadar membaca2....tiba2 hati ni jadi sayu....
selepas berita kematian beliau sebentar tadi,,,aku menjengah lagi ke blog beliau,,,membaca lagi...bertambah sayu...dari apa yg aku baca,,,beliau seorang wanita solehah yg tabah dan periang...alhamdulillah....
semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 beriman,,,amin....

yg di petik dari blog arwah...
untuk renungan bersama....



Di Kala Hati Mencari Ketenangan

Uniknya hati sukar diterjemah, sukar diramal, mudah tergoda dan fitrahnya sentiasa mencari ketenangan. Oleh itu, salurkan ketidaktenangan hati dengan cara yang benar, cara yang terbaik dan pada yang selayaknya

Keinsafan Diri (Fursan)
Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu
Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu
Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi
not mine.just sharing.