Borhan
Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis kelawar besar.
Samad / Tiongman
Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.
Dialog popularnya ialah: "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" kata-kata Tiongman apabila Aishah masih lagi mahu berjumpa dengannya di Hospital Bahagia manakala babak yang paling menarik bagi watak Aishah adalah tika dimana Tiongman secara tidak sengaja terlucut sarung tangan ketika cuba menyelamatkan Aishah, hingga menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuan Tiongman, sebenarnya Aishah sudah mengetahui identitinya.
No comments:
Post a Comment